SEJARAH SKKB SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) KIBLAH KOTA BHARU, KELANTAN

Tanggal 30 Julai 1992 merupakan detik tercetusnya satu ilham untuk menubuhkan sebuah sekolah rendah beraliran agama dan akademik. Lalu terbentuklah sebuah Jawatankuasa Pengasas untuk membincangkan penubuhan sekolah yang diimpikan

Pada 24 Jun 1993, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah meluluskan penubuhan sekolah tersebut, kemudian diikuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada tahun 1999 (SRS 04006).

Sekolah Rendah Islam Kiblah atau lebih dikenali dengan nama SRI Kiblah mula beroperasi pada 5 Disember 1993 (bagi sesi pengajian 1993/94) di bangunan sementara (Kolej Budaya Bunut Payong) dengan jumlah murid seramai 28 orang dan 5 orang kakitangan yang terdiri daripada empat orang guru dan seorang kakitangan sokongan.

Pada 12 Disember 1993, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baharu, iaitu di sebuah banglo yang terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu.

Pada tahun 1994, Ahli Lembaga Pengelola telah dibentuk bagi mengurus serta mengendalikan segala pentadbiran sekolah. Kemudian pada sesi pengajian 1996, sekali lagi SRI Kiblah berpindah ke Jalan Pekeliling sehingga 1997.

Mulai sesi 1998, SRI Kiblah beroperasi di bangunan tetap beralamat 691, Paya Senang, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan sehingga kini.

image

PROJEK PEMBANGUNAN SRI KIBLAH, KOTA BHARU ( SKKB )

Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) dan Ahli Lembaga SRI Kiblah telah merancang projek pembangunan SRI Kiblah bertujuan untuk kemudahan pengurusan, kemajuan perjalanan SRI Kiblah, khasnya dan bagi mencapai matlamat Pendidikan Islam, amnya.

Diantaranya perancangan : Fasa Pertama : Membeli tapak dan bangunan yang sedia ada yang bernilai dua juta
Fasa Kedua : Membina bangunan baharu yang bernilai 7 Juta

Justeru itu, usaha untuk mencapai cita-cita dan hasrat ini, YAKIN dan Ahli Lembaga SKKB amat-amat memerlukan sumbangan sama ada dalam bentuk nasihat, doa, tenaga, kewangan dan apa jua bentuk sumbangan daripada semua pihak