PIAGAM PELANGGAN SRI KIBLAH KOTA BHARU (SKKB)
Seluruh warga SKKB dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dalam:
- Bersedia memberi layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan pihak sekolah.
 - Memastikan program pendidikan dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan visi dan misi.
 - Memberi pengajaran yang lengkap dalam pendidikan AlQuran.
 - Membentuk sahsiah murid mengikut kehendak Islam.
 - Bersedia memberi perkhidmatan yang bermutu dan produktif ke arah kecemerlangan pendidikan.
 - Memastikan murid dapat belajar dengan selesa dan mendapat didikan yang bersepadu dan sempurna.
 - Menyediakan aktiviti tambahan yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran diri murid.
 - Mewujudkan kemudahan persekitaran yang harmoni, tenteram dan bersesuaian dengan murid.
 - Meningkatkan kecemerlangan yang berterusan dalam semua bentuk penilaian.
 - Mewujudkan semangat kerjasama yang padu antara keluarga pendidik, PIBG dan masyarakat.