FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN SRI KIBLAH, KOTA BHARU ( FPS )
Proses pendidikan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah menerusi pendidikan terkini yang sempurna, bersepadu, istiqamah dan qudwah hasanah bagi membentuk generasi TAQWA yang berilmu, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan serta berkemampuan membentuk diri dan berkhidmat kepada keluarga, masyarakat, negara dan ummah yang diredhai Allah di dunia dan di akhirat.
Kami warga SRI Kiblah, Kota Bharu ( SKKB ) berikrar dan berjanji untuk:
1. Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih cekap dan berkesan
2. Melahirkan generasi muttaqin yang cemerlang dalam akademik.
3. Melahirkan generasi muttaqin yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia.
4. Melahirkan generasi muttaqin yang berkebolehan dalam kokurikulum
5. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria.
6. Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti setempat
VISI
MENJADIKAN SKKB SEBAGAI INSTITUSI ISLAM HARAPAN NEGARA & UMMAH
MISI
MELAHIRKAN GENERASI MUTTAQIN YANG CEMERLANG AKADEMIK DAN BERAKHLAK MULIA
MOTTO SEKOLAH
"ILMU, AMAL, TAQWA”
"MURID CEMERLANG, GURU GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG""